01 November, 2012

Perampas Cinta Dunia dan Akhirat



"Menyanyilah' zikir untuk tenangkan hati yang gundah
Menarikan bibir dengan menyebut kalimah Allah
Gerakkan jari jemari sebagai tasbih
Berlarilah dengan laju ke jalan Allah.

Setiap apa kita lalui, ada saja halangan dan ujian.
Alhamdulillah.

Kehidupan dan ujian itu adalah kembar.
Selagi kamu hidup, selagi itu kamu akan diuji.
Maka siapa yang cuba melarikan diri dari ujian, 
dia hanyalah orang yang akan rugi.
Didiklah diri untuk menghadapi ujian,
nescaya kemenangan akan menjadi milik diri. 
#Hilal Asyraf

Jangan elak
Jangan lari
Ujian menanti
Untuk tingkatkan kualiti diri manusia

Alhamdulillah

Allah menjadikan masalah itu supaya kita lebih dekat dan ada masa dengan-Nya
Leka dengan masalah dunia,
Leka dengan masalah manusia
sehingga kelekaan tersebut menjadi "perampas" cinta kita dengan Allah. 

Moga Allah ampunkan kita. Insyallah.

Sama-sama kita tingkatkan kualiti kita.
Kualiti manusia yang terunggul di mata Allah.




EXAMPLE PLEASE




Relationship Killers: Insecurity, Trust Issues, Facebook, Twitter, Jealousy, Lack Of Communication, Assumptions, Ex, Ex,Ex! 



LOL

07 September, 2012

SAKIT PERUT :p



I LOVE U FOR NO REASON


HAPPY 3rd YEARS OF ANNIVERSARY




LOL

09 August, 2012

Maharmu Untukku

aku tertanya, jika tiada pilihan
adakah aku akan menjadi seperti gadis yang lain  
memaksa, merajuk, memaksa lagi 
untuk dapat mahar yang tinggi nilainya?

Aku harap tidak.
Sejujurnya, aku mahu yang sederhana, 
yang kupegang akan kutangis dan kuhargai,
yang akan kujadikan panduan,
yang aku akan kukenang,
yang akan kuceritakan pada anak-anakku nanti
yang aku jadikan contoh kepada semua.
Insyallah.


28 March, 2012

AWESOME!

Salam everyone!
Lama gila tak update. 
bz dengan career, cehceh, kene busy sekrang, dah tua tak boleh busy macam sekarang.
okay, nak update beberapa benda penting kat sini yang tak penting sangat, it's just a little sweet memories that i've been through all this month. SWEETY SWEAT MARCH.lol

Asyraf masuk MHI. Adalah tidak kelakar bila switch on the tv, nampak muka you. haha.okay. proud! A big step untuk ke arah career yang lebih cemerlang. Tahniah Sayang. 

Next, my career, ALHAMDULILLAH, Allah penyimpan segala rahsia rezeki manusia. Bila kerjaya yang mak bapak aku idamkan aku tak dapat, Allah beri lagi besar. AKU PERCAYA SEGALANYA,ALLAH TAHU YANG TERBAIK. :) Syukur.

Third is, AYAH! Yipeee yaya! haha. Ayah makin sihat, buat lawak, happy je. Syukur. My dad's back!

Lastly, my ADIK and my STUDENTS' examination week. Ada yang lulus, ada yang cemerlang, ada yang kurang elok. CHILL GUYS. I'm here okay. hehe. USAHA TANGGA KEJAYAAN. Rajin and Fokus. Untuk adikku, CONGRATS! Dapat semua A and satu B. ish. SESAT! Insyallah, SPM tahun ni SEMUA A!



Finn. :)


27 January, 2012

it could happen to you

aku bukan marah
aku bukan benci
cuma
aku ni angin
mungkin aku juga tanah
tapi tade sepanas api
yea, bukan sepanas api naga

aku sayang
aku cinta
maka
terima aku
seadanya
perangaiku
cara berjalanku
cara aku bercerita
cara aku ketawa
cara aku marah
dan cara aku merajuk
terima kasih

18 January, 2012

Sesungguhnya Allah itu Sweet

Aku tak menyangka, adakala, apa yang berlaku pada aku
Allah uji dengan cemerlang.
Aku juga tak menyangka, adakala ujian itu datang bertubi-tubi
Allah beri dengan begitu berkesan.
Jika ini susunan hidupku Ya Allah, aku redha.
Sebab ia sangat sempurna. 
dan aku taknak kesempurnaan ini hilang, walaupun orang rasa ia tak sempurna mana.
berikan aku sesuatu lagi Ya Allah.
Semangat yang tidak hilang utuk menjadi muslimah yang sejati.
Aku sentiasa ke arah itu. 
Berikan aku petunjukmu, dan jangan Kau 'biarkan' aku setelah Kau beri segala kepada aku.
bersamalah dengan aku, wahai Penciptaku.

Amin
:)

31 December, 2011